Friday, December 18, 2009

Salam,. petang2 yg hening ni pulak, sedap pekene kuih bom ngan teh..;D

Bahan-bahan:

pisang emas
tepung gandum
soda bikarbonat
gula
air garam

Cara-cara:

Lenyekkan pisang. Kemudian, masukkan semua bahan. 1 kg tepung bersamaan 1 sudu soda bikarbonat. Biarkan gaulan td selama setengah jam. Bulatkan dgn sudu dan goreng. Siap..=)

nota: jika nk garing sket, mase masukkan sume bahan, campurkan minyak sedikit. nyum..nyum..

Wednesday, December 16, 2009

Tajuk tersebut bukanlah satu pepatah yg baru, tetapi kekecewaan yg dihadapi oleh seorang pengusaha susu.

Mengikut akhbar tempatan, pengusaha tersebut menangung kerugian ratusan ribu ringgit apabila produk susu yg diusahakannya ditolak oleh pengilang yg mengatakan bahawa produk susunya dicemari bakteria.

Pengusaha terbabit kemudian menafikannya dgn mengatakan susu produknya masih berada dlm keadaan baik, malah ujian ke atas produk susu terbabit menunjukkan susu berkenaan masih dlm keadaan baik.

Ekoran penolakkan produk susu tersebut, pengusaha terbabit terpaksa melupuskannya ke dlm tanah kerana dan kecewa dgn kerugiaan yg dialaminya. Malahan berita di televisyen td menunjukkan beberapa pekerjanya minum susu tersebut ketika susu tersebut dicurahkan ke tanah utk menunjukkan bahawa susu tersebut adalah berkeadaan baik.

Persoalan yg bermain dibenak fikiran aku, adakah itu cara yg mudah apabila menerima sesuatu kritikan dan kerugiaan? Atau adakah ia sekadar permainan publisiti utk meraih simpati masyarakat terhadap produk berkenaan. Maaf, itu hanyalah persoalan di dlm fikiran ini.

Jika benar produk susu berkenaan telah melalui ujian klinikal dan terbukti berada dlm keadaan baik, dan pengilang pemasaran masih menolak produk berkenaan dan mengatakan susu tersebut tidak mencapai piawaian, mengapa tidak mintak ujian sahihan dr jabatan kesihatan dan pemakanan? Jika benar susu tersebut terbukti berkeadaan baik, walau ditolak oleh semua pengilang sekalipun dan menyebabkan kerugian, bukankah seeloknya diagihkan kepada rumah jabatan anak yatim contohnya, jika betullah terbukti baik kerana pekerjanya juga sanggup minum susu tersebut depan wartawan. Tak pun, pek dan agihkannya melalui program RMT (Rancangan Makanan Tambahan) di sekolah-sekolah walaupun susu tersebut masih boleh diminum dlm lingkungan sebulan. ( Jika diizin jabatan kesihatan-sebab itulah pandangan dr jabatan kesihatan amat penting!)

Berita seperti in sepatutnya lebih jelas jika dpt pengesahan ujian oleh jabatan kesihatan dan pemakanan, bukannya ujian dr syarikat pengusaha itu sendiri sahaja. Ujian dr jabatan berkenaan adalah lebih sahih dan  kesimpulan sebenar dpt dilakukan sama ada pengilang pemasaran susu yg 'demamd' atau mmg terbukti susu tersebut tidak menepati piawaian. Barulah masyarakat dpt menjuri dgn lebih baik.

Apapun, aku berpendapat, jika susu tersebut masih boleh dan selamat diminum, ia tidak sepatutnya dibuang ke tanah. Perlu ada cara lain utk memanfaatkannya. Komentarku sebagai penonton yg menonton susu tersebut jika masih boleh diminum tetapi dicurahkan ke tanah sebagai langkah terakhir menghapuskan kekecewaan disebabkan kerugian-pembaziran!

nota: manfaatkanlah benda yg boleh dimanfaat dengan secara maksimum.

Bahan-bahan:


1 bii bawang besar ( bawang holland)
8 ulas bawang putih
1 bii buah keras
rempah tumis
daun kari
serbuk kari ikan
serbuk kunyit
ketam
santan
air
garam
penambah perisa
gula
asam jawa

Cara-cara:

Tumbuk bawang besar, bawang putih dah buah keras. Tumiskan bahan yg ditumbuk bersama rempah tumis dan daun kari. Cairkan serbuk kari dengan kunyit. Masukkannya ke dlm periuk tumisan.Kacau sehingga naik minyak. Masukkan air. Kemudian masukkan ketam yg telah disiang. Masukkan santan, kacau. Masukkan sedikit garam, penambah perisa dan gula. Akhir sekali masukkan sedikit asam jawa dan kacau keseluruhannya. Siap..=)

nota: untuk rase yg lemak sket, pecahkan sebiji telur dan kacau..nyum..nyum..

Tuesday, December 15, 2009

Haha,..bile xde mende nk makan,..kite akan gune segala yg ada dlm peti sejuk utk masak....=p..So, sayur rebus dan telur tumis berlemak je yg aku buat..

Sayur rebus mmg senang..hanya gune bawang putih, bawang merah, ikan bilis, garam, penambah perisa, fish kek, tauhu kering, soh hoon, sayur sawi..nk sedap lg,..tambah2 la udang ke..fish ball,... bawang dan ikan bilis boleh di tumbuk dahulu atau tumis terus mcm tue..then masukkan lah sume bahan..

Telur tumis berlemak lak mcm telur masak sambal,..cume tambah santan.. Bahan-bahan mcm biase, bawang putih, bawang merah, belacan, lada boh, santan, gule sket..(if gune cili giling sendir, letak garam dan penambah perisa sket serta air asam jawa)..Tumbuk bawang dan belacan, tumis, masukkan lada boh then masukkan santan..dah naik minyak letak telur yg telah direbus dan dibuang isinya. Letakkan bawang besar yg dipotong utk dimayang. siap.

nota: Hehe masakkan dikala parent xde, dan sumber dlm peti sejuk x byk...wawawa....

Monday, December 14, 2009

Semalam, aku menonton berita seperti biasa pada waktu mlm bersama keluarga. Amat terperanjat aku mengenai kes dagangan bayi yg dpt ditumpaskan di Subang oleh pihak berkuasa tempatan.


Seorang bayi dijual dgn harga RM15,000 seorang, malah pembelinya terdiri drpd pelbagai lapisan masyarakat termasuk seorang pensyarah berpangkat Dr.

Mengikut berita berkenaan, agen dagangan berkenaan akan memberi imbuhan RM 5000 sebagai kos perempuan yg mengandung tersebut utk bersalin.

Bagi aku mmg amat perlu menyekat kegiatan yg tidak bermoral ini utk mengalakkan ia manjadi satu penyakit sosial yg lebih parah. Risau pula sekiranya perlakuan maksiat penzinaan berleluasa, dan pesalah tidak pula memilih utk menggugurkan kandungan kali ini, sebaliknya menjual bayi mereka semata2 utk mencari keuntungan yg semestinya tidak halal. Syabas pihak telah berjaya menumpaskan sindiket ini.

Setelah agen dagangan manusia tersebut berjaya ditumpaskan, mereka akan didakwa kerana mendagang manusia dan boleh didenda sehingga RM10,000. Persoalannya, adakah undang-undang dinegara kita ini 'sufficient'?

Katakanlah sepanjang aktiviti tidak bermoral tersebut si pesalah telah meraih jutaan ringgit, tetapi dendanya jauh lebih rendah berbanding dgn keuntungan yg dibuat.

Begitu juga dgn seorang lelaki semalam yg didakwa dgn 24 kes pecah amanah yg membabitkan si pesalah menikmati RM 124 juta, tetapi ikat jaminnya RM 200,000 sahaja.

Adakah kita perlu mengikut akta sedia ada, ataupun ia dipinda dgn meletakkan nilai yg baru dimana ia akan dipinda lg mengikut situasi masa hadapan atau seharusnya denda dan jaminan dikenakan mengikut peratusan, contohnya setiap pesalah akan didenda atau dijamin 70% dr nilai keuntungan haram.

Bagi hal menjamin, ya, sy boleh bersetuju sekiranya ia rendah sedikit kerana si pesalah belum terbukti bersalah. Tetapi sekiranya hal denda, sy bersetuju jika ia tinggi kerana ia sememangnya telah terbukti bersalah. 

nota: herm,..rasanya jika ikut peratusan jenayah yg semakin meninggi serta pendapatan harian yg juga semakin meningkat, mungkin adalah perlu utk merombak kadar denda. Bukan utk membebankan atau memberi penekanan kepada rakyat tetapi sebagai pengajaran. Mudah sahaja, jika x mahu, jgnlah buat, jika hal terpaksa, ia akan dibacarakan lain pula, dan bukan senang utk menggunakan alasan tidak sengaja.


Hehe..ptg2 kali nie terasa nk makan pengat ngan rojak lah pulak...lagipun senang je pun..

Untuk membuat Puteri berendam, kuahnya juga perlukan santan, gula perang, gula pasir dan sedikit air. Bahan untuk buat tepung comel2 yg warne warni tu perlukan tepung pulut, ait garam sket, air bese dan pewarna. Uli je sume tue, dan wat lah bentuk bulat, dadu, dsb. Rebus tepung yg dah dibentuk, bile dah terapung masukkan terus ke dlm periuk berkuah, dan dah boleh dimakan. Nak sedap lg, simpan dlm peti ais, biar sejuk. Rase mcm cendol pun de. (letak ais yg kecik2 sket)

Bagi pengat ubi pula, kuahnya hanya perlukan gula melaka, gula pasir, santan dan sedikit air. Ubi hendaklah direbus dahulu sebelum masukkan kedlm periuk yg berkuah td..nk sedap letak keledek dan labu. lg umph! campur tepung sket. Nyum2..aku lah yg akan menghabiskan tepung tu..hehe. Jgn lupe daun pandan utk bau yg wangi..=)

Rojak buah yg sedap dan sejuk ptg2? nyum2...Kuahnya amat mudah. Bli je petis rojak buah segera, panaskan, campur air masak sket (bli 2 kalau nk pekat). Rase, kalau masin, tambah gula. Potong sengkuang, nenas, timun, jambu air, jambu batu, pelam, epal. Curah ngan kuah rojak, tabur kacang. Letak kt peti ais jap,. then phew,..nak..nak..
    nota: aku mmg ske yg sejuk atau yg panas...=)


    Sunday, December 13, 2009




    Sidang Kemuncak Mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen Denmark bakal berlangsung minggu depan. Komitmen utk mengurangkan kadar penggunaan gas karbon dioksida dalam sidang berkenaan akan disampaikan oleh PM kita, Datuk Seri Najib Razak.

    Mengikut staristik dr PBB, Malaysia mengeluarkan 187 jutan tan karbon pada 2006 atau 7.2 tan setiap warganegara kita. PBB kini sedang berkerja keras untuk mengumpul dana bg krisis ini. Perbelanjaan bg kesan pemanasan global seperti kemarau, banjir dsb mampu menelan sehingga trillion ringgit setahun mulai 2020. Siapakah diantara kita yg telah mengeluarkan 7.2 tan gas karbon setiap tahun? Siapakah diantara kita yg tidak menyayangi bumi? Siapakah diantara kita yg menggalakkan pemusnahan bumi?

    Terdapat pelbagai faktor yg menjurus kepada kerosakan bumi seperti hentaman asteroid dan meteroid. Syukurlah kita masih mempunyai lapisan atmosfera dan ozon yg menghancurkannya sebelum ia sempat sampai ke muka bumi. Tetapi apa akan jadi jika lapisan berkenaan semakin menipis?

    Faktor penting yg memerlukan pergerakkan manusia dalam menanganinya adalah faktor alam berangkai seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian bawah laut.

    Bongkah ais yg terpisah semakin mendekati Australia, danau di Chille telah hilang, 23 buah pulau di Indonesia sudah tenggelam. Malahan berita malam tadi, demostrasi di negara barat utk mendesak menyelamatkan bumi sempena persidangan di Copenhagen diadakan dan seorg wanita menunjukkan ketidakkpuashatiannya apabila 18 buah pulau di negaranya telah ditenggelami air.

    Sekali lagi, Siapakah diantara kita yg telah mengeluarkan 7.2 tan gas karbon setiap tahun? Siapakah diantara kita yg tidak menyayangi bumi? Siapakah diantara kita yg menggalakkan pemusnahan bumi? Eksperimen mudah untuk kita lihat keprihatinan manusia adalah semasa program earth hour dijalankan. Program Earth hour yg telah berbulan berlalu menyaksikan masih ramai yg tidak menyokong program ini. Berpaksikan slogan 'the world's first election, between Earth and global warming', masih ramai yg tidak mahu mengalah untuk menutup kesemua sumber elektrik hanya selama 1 jam. Malahan siapa diantara kita yg mendaftar di program ini utk menolong negara mengumpul 5 juta penyokong program kita? Berapa orgkah yg klik pada laman web ini?

    Itulah yg amat mendukacitakan aku. Mereka yg memilih utk mengundi pemanasan global tetapi masih merungut sekiranya mentari terlalu terik membakar kulit, ataupun malam tidak lagi merasai kedinginan alam semulajadi. Malahan di kolej di universiti aku, sedih apabila ada junior yg melawan 'who cares with global warming?!', dan haruslah 'dibasuh' aku mlm itu juga. Sungguh semangat aku amat berkobar2 utk memlihara alam. Tidak dapat memberi sumbangan besar, yg kecil pun jadilah sebagai tanda aku amat menyayangi alam.

    Di taman perumahan ini pula, satu amalan yg aku cukup tidak suka ialah pembakaran terbuka, x cukup membakar daun dan kertas, kerusi plastik diberi jamah api. Nak menyertai mesyuarat taman, aku lum cukup umur pula utk bersuara. Nak saja aku link ngan pihak JAS utk heret mereka2 yg sungguh berhobikan membakar plastik terutamanya. Satu kes semalam menyaksikan sekumpulan pelajar dr sebuah universiti yg telah tamat kursus membakar kesemua buku2 sepanjang pengajian mereka. Sungguh, aku geram melihat 'kecerdikan' akal mereka. Bukan kah buku2 tersebut, jika tidak mahu sedekah, boleh dijual. Nyonya yg mengambil kertas dan akhbar saban hari memekik utk kerja2 pengumpulan dan penjualan. Dan maafkan aku utk bait yg seterus ini, aku hanya memohon masyarakat diluar sana, cuba2lah berhenti merokok, dan selalulah servis exzos kenderaan anda cuba2lah amalan utk mengitar semula. Biarkan sahaja di luar rumah, pasti ada yg mengangkutnya nanti. Sayangi kehidupan ini, sayangi bumi, sayangi pokok-pokok, dan sayangilah haiwan diluar sana.

    nota: kita tidak mewariskan bumi kepada generasi selepas kita, sebaliknya sebenarnya, kita meminjam khazanah ini dr mereka. Lakukan lah walau sedikit utk membantu bumi kita. Sekian, salam melestarikan alam.

    Sumpah-Yamin

    Seringkali kita mendengar seseorang bersumpah. Kadang kala mereka ini bersumpah hanya utk bersuka-suka. Ada pula yg bersumpah atas anak-anak, rumahtangga, mahupun ibu-bapa.

    Nabi s.a.w pernah bersabda: “Barangsiapa bersumpah hendaknya dia bersumpah dgn Allah atau hendaknya dia berdiam diri.” . “Janganlah bersumpah kecuali dgn Allah dan janganlah bersumpah kecuali kamu dalam keadaan benar.” . “Barangsiapa bersumpah dgn selain Allah maka dia telah musyrik.” . “Barangsiapa bersumpah dgn selain Allah maka dia telah kafir.” .

    Terdapat tiga jenis sumpah iaitu:

    • Sumpah palsu yaitu seseorang bersumpah dgn sengaja utk berbohong. Seperti dia berkata “Demi Allah sungguh aku membeli ini dgn harga Rp 50.00000″ padahal dia tidak membelinya dgn harga sebanyak itu atau dia berkata “Demi Allah sungguh aku telah melakukan hal ini” padahal dia tidak melakukannya. Sumpah ini disebut yamin ghamus krn sumpah itu menjadikan pelakunya berdosa. Sumpah ini adl sumpah yg disinyalir oleh sabda Nabi saw. “Barangsiapa bersumpah dan dia berdusta dalam sumpah itu utk memakan harta seseorang muslim maka dia pasti bertemu dgn Allah dalam keadaan murka.” . Sumpah ini tidak cukup dibayar dgn kaffarah . Akan tetapi pelakunya wajib bertobat dan memohon ampun kepada Allah SWT. Hal itu krn besarnya dosa sumpah tersebut apalagi jika sumpah palsu itu dimaksudkan utk mengambil hak seorang muslim dgn cara yg tidak benar .
    • Sumpah laghwu yaitu sumpah yg biasa diucapkan oleh seseorang muslim tanpa unsur kesengajaan. Seperti orang yg memperbanyak kata “Tidak Demi Allah” dan “Ya Demi Allah” dalam pembicaraanya. Hal ini berdasarkan ucapan Aisyah r.a. “Sumpah laghwu adl seseorang berkata di rumahnya ‘tidak Demi Allah’.” .Termasuk sumpah laghwu adl seseorang bersumpah terhadap sesuatu dia mengira sesuatu itu seperti ini kemudian tiba-tiba perkiraannya meleset. Sumpah tersebut hukumnya berdosa tetapi orang yg mengucapkannya tidak wajib membayar kaffarah sebagaimana yg difirmankan Allah dalam Alquran “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yg tidak dimaksud tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yg kamu sengaja..”
    • Sumpah yg sah yaitu sumpah yg niat awalnya dimaksudkan utk sesuatu yg akan datang. Seperti seorang muslim berkata “Demi Allah sungguh akan aku lakukan hal ini” atau “Demi Allah sungguh tidak akan aku lakukan ini.” Sumpah seperti ini pelakunya akan dikenai hukum jika dia melanggar sumpahnya. Hal ini berdasarkan pada firman Allah SWT di atas “?tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yg kamu sengaja..” .Hukum sumpah tersebut adl jika pelakunya melanggar sumpahnya dia berdosa dan wajib membayar kaffarah utk pelanggaran itu. Namun jika dia melakukan sumpahnya hilanglah dosa dari pelanggaran itu. 
    Terdapat beberapa jenis kafarah bagi sumpah kafarah seperti yg telah difirmankan oleh Allah s.w.t iaitu:

    “? maka kaffarah sumpah itu adl memberi makan sepuluh orang miskin yaitu dari makanan yg biasa kamu berikan kepada keluargamu atau memberikan pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan demikian maka kaffarahnya melakukan puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adl kaffarah-kaffarah sumpahmu bila kamu bersumpah ..” .

    Terdapat pula 2 perkara yg menyebabkan dosa melanggar sumpah gugur seperti di dlm hadis Nabi s.a.w:
    1. “Dicabut dari umatku sebab kesalahan kelupaan atau krn mereka dipaksa melakukannya.” .
    2. “Barangsiapa bersumpah lalu dia berkata ‘Insya Allah’ maka dia tidak melanggar sumpahnya.”
    Seharusnya perbuatan bersumpah tidak dipermainkan sewenangnya kerana Nabi s.a.w pernah bersabda: “Realisasikanlah sumpahmu krn dosa itu ditanggung orang yg melanggar .”


    sumber: Sumber Minhajul Muslim Abu Bakar Jabir al-Jazaairi Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia


    nota: renung-renungkan. Terdapat banyak lagi yg boleh dipelajari dr laman blog ini. fikah, nikah, quran, komputer dan sebagainya. http://blog.re.or.id/

    Friday, December 11, 2009

    Semalam aku menonton berita di tv 3, buletin utama mengenai cadangan hukuman gantung sampai mati untuk peragut.

    Masyarakat beranggapan bahawa hukuman sedia ada buat peragut adalah tidak setimpal dgn perbuatan mereka. Tambahan pula, peragut sekarang lebih kejam sampai sanggup meragut nyawa manusia demi mendapatkan rezeki yg tidak halal.

    Hukuman gantung sampai mati untuk semua peragut mungkin tidak relevan, tetapi hukuman gantung sampai mati buat si peragut yg menyebabkan kematian adalah amat relevan. Mereka ini mmg sepatutnya dibicarakan mengikut seksyen yg menyebabkan kematian.

    Pada pendapat aku, mereka sepatutnya telah mempunyai 'knowledge' bahawa meragut boleh menyebabkan kematian berikutan kes2 sebelumnya, jd, 'mens rea' atau niat mereka sepatutnya dilihat bukan sahaja niat utk meragut, malahan niat itu sepatutnya diheret dgn niat membunuh kerana perbuatan sedemikian mmg boleh membawa kpd pembunuhan.

    Sama dgn mereka yg menikam utk mencuri, niat mereka mencuri, tp perlakuan tersubut boleh membawa kepada pembunuhan dan kematian mengikut tempat tikaman.

    Jadi, 'area of murder' di sini telah berkembang di mana meragut juga boleh menyebabkan kematian, dan seharusnya peragut tidak dibicarakan mengikut seksyen meragut atau membunuh tanpa niat, tp dgn niat membunuh, kerana mereka sememangnya sedar bahawa tindakan mereka boleh membawa kepada kematian. Tetapi kenapa mereka masih melakukan? Maknanya mereka merelakan perbuatan mereka mungkin boleh menyebabkan kematian, seteruanya, mereka melakukan dgn niat.

    Bagi peragut yg tidak menyebakan kematian, aku menyokong sekiranya parlimen ingin meningkatkan nilai hukumam buat si pesalah ini kerana aku percaya, adalah menjadi niat perlimen membuat sebarang pindaan demi kemaslahatan rakyat sejagat.

    nota: tiba masanya reformasi cuba dilakukan untuk membendung masalah ini.

    Thursday, December 10, 2009

    Itulah yg dikatakan oleh khatib yg membaca khutbah pd hari ini yg aku dgr di radio.

    Berdoala kepada Allah, Dia mendengar segala doa hamba2 nya. Namun, jgn kita lupa, terdapat beberapa adab berdoa antaranya:

    • Bebas dr hadas besar dan kecil
    • Menghadap kiblat
    • Memulakan doa dgn bacaan fatihah
    • Berdoa dgn penuh mengharap dan merendah diri
    Berdoalah juga pada waktu2 yg afdal utk berdoa seperti ketika bersahur dan berbuka, ketika hujan, ketika majlis ilmu, doa di antara dua khutbah dsb.

    Selain dr itu, terdapat beberapa sebab mengapa doa seseorang itu sukar dimakbulkan contohnya apabila kita mengambil makanan2 yg syubhah. Di dlm khutbah ini, khatib berkenaan berkata, jika sekali kita makan makan yg tidak halal, doa kita tidak akan diterima selama 40 hari.

    Sebagai peringatan juga, jgnlah kita mendoakan yg tidak baik kepada mereka yg lain. Wallahualam.

    nota: aku pernah bertanya kepada ustazah mengenai kebaikkan berdoa di antara dua khutbah utk perempuan kerana mereka tidak menyertai solat jumaat. Ustazah aku pesan. dgn khutbah di radio atau tv, dan berdoalah ketika khatib berkenaan berhenti di antara dua khutbah. Wallahualam.


    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sentiasa mengatakan media baru memainkan peranan penting kepada masa depan politik dan sivil rakyat negara ini.

    Perdana Menteri berkata, medium itu penting bagi kebenaran didedahkan melalui laporan yang bertanggungjawab.

    "Oleh sebab itu saya amat berminat bila mendapati ada satu Kod Etika Penulis Blog yang mungkin boleh diterima pakai oleh penerbit," kata beliau dalam blognya www.1malaysia.com.my, semalam.

    Disiarkan dalam laman berita internet, garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

    Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah:


    1. Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat
    2. Jangan sekali-sekali menciplak;
    3. Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan;
    4. Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang
    5. diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pasti-kan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut;
    6. Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta;
    7. Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera;
    8. Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi.


    sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20091211051340/Article/index_html
    ______________________________________________
    Pada pendapat aku, aku amat menyokong seruan PM demi menggalakkan pembangunan media yg sihat. Adil dlm memberi komen, itu yg aku pelajari dlm undang-undang tort.

    Aku juga sependapat dgn PM agar masyarakat tidak menciplak mana2 artikel. Itu yg aku fikirkan semasa ingin membuka blog. Sebagai contoh, jika aku mahu mendapatkan maklumat mengenai green tea, adalah lebih elok sekiranya aku terus ke direct link laman web kesihatan atau wikipedia.

    Selain itu, jika sesuatu komentar diselitkan dgn fakta dan juga sumber, ia lebih dapat diterima sebagai sesuatu yg meyakinkan selain memberi rewards kepada mereka yg terlebih dahulu mengemukakan fakta atau sumber berkenaan.

    Dengan menyekat gejala menciplak ini, kita dapat menggalakkan rakyat utk berfikir lebih kreatif dan kritis dalam memberi seuatu komentar. Tapi awas, perlu diingatkan, ia perlu selaras dengan garis panduan yg telah disarankan oleh PM.

    Syabas PM. ;D

    nota: sahut 1 Malaysia. ;D

    Tajuk di atas merupakan salah satu tajuk yg terdapat pada Berita Harian online pada hari ini.

    RM30.2 juta adalah nilai angka yg sememangnye besar. Malangnya dana tersembut terpaksa digunakan oleh kerajaan bagi proses penghantaran balik pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk sepangjang tahun 2007-2009.

    Berkemungkinan, ramai rakyat tidak puas hati dan kasihan kerana kerajaan terpaksa membelanjakan wang yg besar utk menyesaikan isu PATI ini.

    Salah satu kesan kebanjiran PATI ini adalah mereka memenuhkan ruang sel2 tahanan yg ada di negara kita. Tambahan pula, kerajaan terpaksa mengeluarkan dana untuk memberi mereka makan.

    Memang betul, ' a person is not allowed to interfere other country without the country's consent, but the person cannot be mistreated'. Tambahan pula dgn 'treatement of alien' yg telah dikeluarkan oleh undang-undang antarabangsa yg perlu dipatuhi.

    Pada pendapat aku, kos tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan 'perse' oleh negara kita. Negara PATI tersebut juga sepatutnya membantu, terutamanya dr segi pengeluaran kos utk penghantaran balik.

    Justeru, aku terfikir, wajarkah jika kita buat satu MOU 'extradiction' khasnya untuk masalah PATI? Mungkin dengan cara ini semua negara akan lebih berhati2 dgn isu masuk ke sesebuah negara tanpa izin dan isu dana dpt diselesaikan dgn lebih demokrasi. Sekian pendapat dari ku.

    nota: ada sesiapa mahu buat research masalah ini?..


    Hehe, kek lagi nampaknyer...=)

    Bahan-bahan:

    5 biji telur
    secawan gula halus
    2 cawan tepung kek
    secawan minyak
    esen vanila
    pewarna

    Cara-cara:

    Pukul telur,gula dan essen vanila kedalam mangkuk sehingga kembang. Masukkan tepung dan minyak ke dlm mangkuk td berselang seli kemudian gaul dgn lembut.Masukkan pewarna. Akhir sekali, bakar kek td selama 30 minit.

    nota: mase sukat tepung, jgn tepukan tepung tersebut. biar penuh sendiri, dan ingat, pastikan sume pekakas mestilah kering..selamat mencuba..;D

    Wednesday, December 9, 2009

    Negara kita hanya mempunya 440 peguam syariah, 1000++ pegawai syariah berbanding peguam sivil yg tentunya berganda berbanding dgn jumlah penduduk di negara ini sendiri iaitu kira-kira 28 juta orang.

    Kes di negara kita pula terlalu banyak. Kekangan bilangan peguam syariah sedikit sebanyak telah menyebabkan isu 'case congestion' tidak dpt dikurang.

    Bertitik tolak dgn masalh ini, sepatutnya ia dijadikan sebagai satu peluang kepada bakal-bakal peguam muda untuk mengambil Diploma Lanjutan Amalan Syariah bagi menambah bilangan peguam syariah di negara ini.

    Sekurang-kurangnya, ia dpt meningkatkan abiliti seorang peguam, tidak sekadar berpengetahuan dlm bidang undang-undang am dan jenayah sivil tetapi juga undang-undang syariah. Malahan, lebih banyak peluang kes utk diraih, seterusnya siapa tahu dapat meningkatkan aliran pendapatan seseorng peguam itu.

    Pada pendapat saya, mereka yg fleksible dlm membawa kes sivil atau syariah akan lebih dikejar firma undang-undang selain mereka yg memang specialist dlm sesuatu bidang.

    Sekian, salam kedaulatan undang-undang.

    nota: InsyaALLAH, aku juga berhasrat utk mengambil sijil ini jika aku leh wat sewaktu chambering sekali nanti..

    Sunday, December 6, 2009

    Hari ini lewat malam aku membaca akhbar Berita Harian secara online dan terpandang artikel yg aku jdkan tajuk utk entry kali ini.

    Pelajar pintar cerdas, seperti yg dikatakan oleh PM adalh luar biasa daripada segi mereka berfikir, luar biasa daripada segi mereka belajar.

    Golongan ini dicadangkan utk mendapat pendidikan yg khas. Pintar sama pintar untuk membawa perubahan besar pada pembentukan jati diri bangsa yang lebih hebat untuk masa akan datang.

    Syabas aku ucapkan kepada kerajaan, pastinya mereka mempunyai agenda tersendiri dlm membentuk lapisan masyarakat Malaysia yg akan dtg yg pastinya membanggakan.

    Walaubagaimanapun, sejauh manakah golongan pintar ini mampu meneruskan kecermelangan mereka. Hakikat yg aku ketahui di persekitaran universiti, 8A PMR mahupun 12A SPM belum tentu dpt menjadikan mereka sebagai yg 'tercemerlang' di universiti.

    Jika di sekolah mereka boleh disogok dgn nota tambahan, tuisyen 'soalan-soalan berkemungkinan' tetapi tidak di universiti. Berdiri di atas kaki sendiri adalh major utama kehidupan di universiti. Nota kuliah perlu dibuat sendiri, malah tiada kelas tuisyen contohnya, tiada tuisyen undang-undang. Malahan 'postgraduate' ini bukan sahaja mengejar akademik malah mengejar aktiviti di kolej utk mendapat penempatan koleh setiap semester. Di sini lah tapak apreantis cemerlang yg sebenar.

    Oleh demikian, tidak hairanlah jika jaguh kampung boleh lawan speaking orang luar negara, yg mendapat 9A SPM setaraf dgn mereka yg memuaskan, malah yg 4A SPM sahaja mampu ditandu sebagai yg terbaik utk sebuah kursus.

    Lalu, bagaimana pula dgn mereka yg mempunyai kehebatan khas dlm praktikaliti, tetapi memuaskan dlm akademik?. Adakah sekolah khas yg glamer serta menjulang mereka ini didirikan?. Senario masyarakat, sebut sahaja sekolah teknik biasa, maruah yg mendapat 5A UPSR lg terbangga.

    Bagi aku, tidak perlu manjakan sgt. Faktor utk memberi semangat mmg penting, aku setuju. Tetapi alangkah baiknya juga jika si pandai bergaul dgn si kurang pandai, maka si kurang pandai boleh belajar utk menjadi pandai dgn si pandai.

    Majikan juga lebih memilih mereka yg lebih cemerlang dlm diploma atau ijazah. Oleh itu, alangkah baiknya jika dana tersebut disalur utk program apreantis di peringkat dewasa berkenaan. Dgn cara itu, pastinya pelajar dr peringkat sekolah lagi berlumba2 utk menjadi si pandai utk mencapai target berada dlm golongan 'karismatik' berkenaan.

    Apapun, aku tetap ucapkan tahniah pd kerajaan jika usaha mereka mampu mencapai matlamat.

    nota: 1 Malaysia. ;D


    Bahan-bahan:

    5 biji telur
    esen vanila
    setengah kotak mentega
    1 cawan gula
    2 cawan tepung kek
    pewarna

    Cara-cara:

    Pukul 5 bii telur ke dalam adunan, letak sedikit esen vanila dan pukul sehingga kembang. Kemudian, dlm adunan yg lain, kacau gula dan mentega sehingga warna putih. Selepas itu, masukkan adunan telur ke dlm adunan gula dan mentega td. Kacau dgn lembut. Seterusnya, masukkan tepung sikit demi sikit, kacau dgn lembut. Akhir sekali masukkan pewarna, dan gaul dgn lembut. Masukkan ke dlm ketuhar dan bakar kira2 35 minit.

    nota: aku cube2 masak kek ni cara tradisional. kalau guna 'pemutar telur manual', kacau sampai die jd tali yg x jatuh. Kemudian mase kacau gula dan mentega tu satu arah sahaja. Jgn campur2 arah. Bekas anda semua pastikan bersih dan kering, xde campur air. Nanti kek jd batat pulak- x jadi la tue..


    Bahan-bahan:

    bawang putih
    bawang merah
    sos tomato
    lada kering
    garam
    penambah perisa
    gula
    ayam
    serai

    Cara-cara:

    Tumis bawang putih dan bawang merah yg telah dipotong. Masukkan lada kering yg telah dikisar. Masukkan sos dan gaul kesemuanya. Masukkan garam, penambah perisa dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yg telah di goreng. Akhir sekali masukkan serai.

    nota: masakan bujang...biaselah..

    Friday, December 4, 2009


    Ya.

    Aku dan rakan karib aku ke SACC Mall Shah Alam bulan lepas utk mencari kasut yg agak tahan lasak utk di pki ketika hujan mahupun panas.

    Sedang kami syok survey di beberapa outlet, aku ternampak satu booth WWF- bukan world wrestling federation, tetapi world wild fund. Walaupun tiada pengujung ke booth tersebut pada waktu itu, (lgpun SACC agak lengang pada waktu itu) aku tetap rase gembira sbb bukan senang nk jumpa booth mcm ni. Biasanya booth mengenai pakaian, alat solek perempuan, minyak wangi, x pun gajet.

    Mereka memberikan aku pamphlet mengenai usaha WWF dalam menyelamatkan beberapa spesis haiwan yg berdepan dgn faktor kepupusan contohnya penyu. Sebagai pencinta alam, aku berasa amat teruja dgn huraian hujahan yg diberikan. Maka, bila aku terpandang perkataan donation bg menyelamatkan haiwan2 tersebut, aku segera mengeluarkan dompet dan berkata 'well, i definitely want to danote for this purpose'.

    Walaubagaimanapun, jurucakap berkenaan berkata, sumbangan akan diterima melalui penggunaan kad kredit visa dan master card sahaja. Malah yg lebih mengejutkan, sumbangan tersebut adalah ibarat langganan di mana kita perlu meyumbang setiap bulan dgn kadar yg ditetapkan.

    Oleh yg demikian, aku terus menjawab, 'i'm sorry coz i'm a student and not holding any credit card yet'. Aku bertanya adakah kebarangkalian aku boleh menderma dgn seikhlasnya secara tunai, tetapi pihak berkenaan tidak menerima.

    Terdetik penyesalan di hati aku kerana booth sedemikian jika betul strateginya dpt mengumpulkan dana yg tinggi utk memelihara hidupan2 tersebut.

    Aku harap pada masa depan, cara donation WWF diperbaiki agar pelbagai lapisan masyarakat dpt menyumbang tanpa syarat.

    nota: barulah aku sedar kenapa booth yg gah tersebut tidak menerima sebarang kunjungan ketika itu.

    Thursday, December 3, 2009


    Adik aku yg lelaki (last sekali) berada di tahun tiga sekolah rendah. Musim-musim cuti ni dan kebetulan aku berada di rumah maka adalah menjadi tugas aku utk menjadi guru tambahan tidak terlatih dan tidak bergaji di rumah.

    Mengajar subjek matematik terutamanya topik bahagi mmg agak sukar sedikit kerana aku perlu melatih dia membiasakan sifir. Walaubagaimanapun ia tidak sesukar aku perlu mengajarnya subjek bahasa Inggeris.

    Bagi subjek matematik, aku biasakannya dgn soalan pendaraban dahulu, dan kemudian aku biasakannya dgn soalan bahagi 'berumah'. Aku ingat lg sewaktu aku mengajarnya tolak dan tambah seawal tadika, aku telah membiasakan soalan mencecah juta. Bg aku, itu adalh teknik utk memahirkannya asas matematik. Begiru juga dgn darab, mungkin anda boleh menyuruh adik anda utk cuba menjawab sehinngga lima angka operasi darab.

    Bagi subjek bahasa melayu karangan, aku membiasakannnya mengarang mengikut imaginasi dan pengalaman. Pada mulanya, aku menyuruh adik aku membuat karangan 'ujian' di mana dia akan menulis permulaan sehingga penamat apa yg dia tahu. Kemudian aku biasakan teknik 5 isi, 5 perennggan dan 5 baris. Biar panjang, jd dia tidak susah utk mengarang karangan panjang kelak.

    Bagi subjek bahasa Inggeris, herm,..agak sukar mulanya. setakat ini,.sebagai pembelajaran tambahan, aku menyuruhnya menyalin berita dr akhbar bahasa Inggeris. Setiap hari..agar dia lancar utk menulis. Dan kemudian, aku menyuruh dia membaca setiap apa yg die tulis. Jika dia tidak tahu pronounciation, aku membiarkan apa sahaja yg dia rasa betul utk disebut. Dan aku rasa, jika kita tidak memanjakannya dgn menyebut perkataan yg betul, dia mampu utk 'figure-out' bunyi tersebut. Dan jika salah, barulah aku akan membetulkan sebutan tersebut, dan tanya apa yg dia tidak faham. (komfomlah mmg banyak perkataan yg dia x paham).

    nota: itu adalah cara aku mengajar adikku. mungkin anda mempunyai teknik mengajar yg lain dan lebih berkesan?..kongsi-kongsi lah...;D


    Bahan-bahan:

    Lada yg dikisar/lada boh
    Stok ayam
    Mee kasar
    Daun kucai
    Sayur sawi
    Taugeh
    2 bii telur
    Ayam dan daging
    Kicap

    Cara-cara:

    Masukkan lada yg telah dikisar atau lada boh ke dai kuali. Kacau. Kemuadian masukkan stok ayam (air rebusan ayam dan daging atau kiub ayam) dan kacau lagi bersama lada yg dikisar td. Kemudian masukkan mee, gaul lg. pecahkan telur, masukkan ke dlm kuali dan gaul. Masukkan daun kucai dan sayur sawi yg telah dipotong. Masukkan potongan daging dan isi ayam. Akhir sekali masukkan kicap secukup rasa.

    nota: jika anda masukkan stok ayam dr rebusan ayam, letakkan garam dan penambah perisa secukup rasa. Sebaliknya jikan anda menggunakan stok ayam dr kiub ayam, tidak perlu metakkan garam dan penambah rasa.


    Bahan-bahan:

    Kayu manis
    Bawang besar dan bawang putih
    Rempah beryani
    Air
    Kunyit
    Halia
    Lengkuas
    Susu
    Beras
    Garam dan penambah perisa

    Cara-cara:

    Tumbuk halia, lengkuas dan kunyit. Masukkan kayu manis, hirisan bawang dan bahan yg telah ditumbuk kedalam periuk, tumis. Kemudian masukan rempah beryani setengah paket, gaul. Masukkan susu cair setengah tin, dan kemudian masukkan air 2-3 cawan. Basuh beras sebanyak 2-3 cawan beras dan masukkan kedalam periuk. Akhir sekali masukkan garam dan penambah perisa secukup rasa dan biarkan sehingga nasi tersebut telah tanak.

    nota: biasanye aku sukat nasi tu guna bekas tin sardine, biasalah orang bujang..dan masakan di atas adlah utk 5-6 orang.


    Sekiranya seorang melafazkan cerai kepada seorang isteri, maka berlaku lah talak dan penceraian.

    Apabila penceraian berlaku, dua isu utama akan diambil kira bg mengesahkan penceraian iaitu; adakah lafaz itu sarigh atau kinayah, dan kedua, berapakah talak yg telah dijatuhkan oleh si suami?

    lafaz cerai yg sarigh bererti lafaz yg jelas menandakan isterinya telah diceraikan, contohnya 'aku ceraikan kamu X dgn talak satu'. Lafaz cerai kinayah adalah lafaz yg kurang jelas, dan ia mesti dibuktikan dgn niat suami tersebut, contohnya dlm satu pertengkaran di antara suami dan isteri, si suami melafazkan 'sudahla X, balik lah ke rumah ayah kamu', maka dlm kes ini, perlu ditentukan sama ada si suami berniat utk menceraikan isteri atau mmg menyuruh si isteri balik ke rumah ayahnya utk memberi 'cooling-period'.

    Permasalahan yg besar dlm penceraian adalah utk menentukan berapakah talak yg telah jatuh ke atas isteri tersebut. Ini kerana cara rujuk bagi talak 1,2 dan talak 3 adalah berbeza. Sebagai contoh, jika seorang suami melafazkan 'aku ceraikan kau,aku ceraikan kau,aku ceraikan kau' adalah talak tersebut talak satu atau talak tiga?

    Di sinilah permasalahan bermula apabila terdapat 'contradict' di antara kes yg memutuskan cerai seperti di atas adalah cerai talak 3 dan ada kes yg memutuskan cerai tersebut adalah cerai talak 1. Begitu juga dgn perbezaan pendapat dr kalangan mazhab. Bagaimana pula ikan si isteri mmg mempraktiskan mazhab maliki dan si suami mengikut mazhab hambali. Dan jika terdapat argumen yg mengatakan negara kita mengikut mazhab shafie, undang2 kekeluargaan islam contohnya (IFLA) tidak sepenuhnya mengikut mazhab syafie. Sebagai contoh, kita menerima pakai pandangan mazhab maliki mengenai kuasa hakam.

    Selain itu terdapat isu yg lain, di mana ada kes memutuskan lafaz cerai ketika isteri mengandung adalah tidak sah langsung. Tetapi di dlm syariah, melafazkan cerai adalah bukan satu perkara yg boleh dipermainkan. Malah jika isteri yg mengandung menerima lafaz cerai, talak akan jatuh setelah dia melahirkan anaknya.

    Adalah penting isu ini ditangani melalui pembangunan undang2, lebih2 lagi apabila berlakunya kontradiksi dlm keputusan mahkamah bagi mengelakkan konflik kelak.

    Dan mungkin juga jika si suami sedar kesan2 penceraian terutamanya dr segi tuntutan dapat membuatkan mereka berfikir dua kali utk menceraikan isteri?...mungkin..

    nota: tuntutan-tututan penceraian menyusul nanti..;D

    Wednesday, December 2, 2009

    Humor-3



    nota: ;D sape nk jawab kalau nenek tu tuntuk antartika....haaaa...

    Humor-2




    nota: fikir2kan pros and cons kenyataan hakim tue...neway, leh kurangkan case congestion.

    Humor-1



    note: haha..lame lagi hakim tue kt situ..biase2kan dgn hakim tu..baik ikut ape yg hakim tu mahu kalau x nak kes kene struck off.

    Jenayah Siber?-


    Jenayah siber atau jenayah laman maya telah pun berleluasa. Dengan kecanggihan multimedia pada hari ini, menjadikan laman maya sebagai medan berkomunikasi dengan infiniti sempadan geografi. Wajarkah alam siber memberikan kebebasan yg menyeluruh kepada penggunanya?

    Terdapat pelbagai jenis jenayah siber seperti penipuan,pengintipan, judi siber, pornografi, penggodaman, penyebaran spyware/virus/worms, dsb.

    Adalah amat penting laman maya dikawal selia demi kepentingan bersama. Permasalahannya, adalah amat sukar sekali utk penjejaki penjenayah siber ini. Jika undang-undang siber di sesebuah negara itu cukup bagus, tetapi lemah dr segi percaturan utk menjejaki si penjenayah siber, masalah ini masih di paras sukar utk dibendung.

    Lalu apakah alternatif kewajaran yg paling amir utk dilakukan bg membendung masalah ini? Satu pasukan proaktif yg menggabungkan undang-undang dan sains komputer amat penting, dan ya, kite mempunyai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di dlm hal ini.

    Lantas, wajarkah jika setiap email, laman web, komen dsb memerlukan nombor kad pengenalan diri sebagai pengesahan seperti yg dilakukan terhadap telefon bimbit kita? Mungkin ya kerana pada hari ini terdapat segelintir ruangan forum mula 'demand' untuk mengambil kira kad pengenalan diri sebagai satu kepentingan bahagian admin sebagai syaratutk pengguna menjadi respondennya. Cuma, cara ini yg masih belum berleluasa digunakan.

    Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Mungkin cara ini perlu dibuat kajian utk membuktikan keberkesanannya. Apapun, janganlah sudah terhantuk baru hendak tergadah. Kita harus terus memikirkan jln terbaik utmk menangani masalah jenayah siber demi kemaslahatan sejagat.

    nota: ada sesiapa mahu membuat thesis ttg ini?

    Journal (2)


    Adakah akta-akta di negara kita ini komprehensif?

    Tidak semuanya. Sebagai contoh, kita masih lagi mempunyai kelompangan (lacuna) dalam pendefinisian. Sebagai alternatif utk menampal kelompangan itu, kita menerima pakai pendefinisian yg diputuskan oleh mahkamah melalui beberapa kes. Dan tiada masalah utk menerima pki pendefinisian dr kes Inggeris kerana ia telah diterima pki oleh Seksyen 3 Akta Sivil selagi ia tidak bertentangan dgn praktis di negara ini (persuasive, not binding).

    Sepanjang kuliah aku semester yg lepas, berkali juga lecturer aku menegaskan akta insurance kite tidak lengkap kerana kurang sebahagian pendefinisian yg penting seperti maksud insurance itu sendiri, insurable interest, dsb. maka berkali2 beliau menasihatkan agar ammenmend dibuat supaya akta berkenaan lebih komprehensif dan kita tidak terlalu bergantung pada kes negara luar.

    Lalu aku terfikir sejenak...kadangkala, ammenmend mmg penting utk transformasi/pembangunan undang2..tetapi yg wajar sahajalah..dgn erti kata lain, mmg tiada cara lain utk menyelesaikan isu undang2 itu.

    Selagi kita masih mempunyai alternatif utk menyelesaikan cara tersebut, mengapa perlu bersusah utk adakan jalan yg baru. Bukan utk mengiyakan kebergantungan kepada kes2 luar, tetapi utk tidak menambah beban kepada bahagian parliament serta memberi tumpuan kepada yg lebih perlu utk ditumpukan oleh kerajaan mahupun badan lain, serta masih byk masalah lain dlm undang-undang yg perlu ditumpukan contohnya isu raktifikasi dlm undang kanak-kanak CRC- convention on the rights of the child.

    Year End Sale 2009.

    Jualan akhir tahun malaysia telah bermula, 29 nov-31 disember. Bagi aku ini adalah peluang yg amat berbaloi utk melabur perbelanjaan dgn diskaun yg ditawarkan dimerata-rata tempat.

    Antara outlet yg patut dikunjungi adalah Habib Jewel. Habib telah mengaturkan beberapa acara sepanjang musim membeli-belah ini (boleh dilihat di facebook Habib Jewel). Selain itu, outlet ini menawarkan harga yg amat berbaloi bagi mereka yg ingin membeli barang kemas seperti cincin berlian serendah RM328, cincin emas serendah RM99. Selain itu, outlet ini juga menawarkan beli balik emas dgn harga yg tinggi serta potongan diskaun yang istimewa bagi pembelian emas 916.

    Jadi, kepada bakal2 yg hendak bertunang atau berkahwin,..inilah masanye utk anda mengurangkan bajet.

    Biro Bantuan Guaman adalah satu badan kerajaan untuk memberi bantuan dr segi nasihat dan juga bantuan guaman dlm hal berkaitan undang2. Biro bantuan guaman ini boleh mebawa/membantu kes2 berkaitan kes syariah, sivil dan jenayah yg tertentu.

    Mereka yg memerlukan bantuan perlulah memenuhi syarat iaitu sumber pendapatan tahunan di antara RM 25K-rm30K. Jika bawah RM25k ia adalah percuma dan jika lebih, bayaran sebanyak RM300 akan dikenakan.

    Saya fikir, maklumat ini sgt penting bg golongan berpendapatan rendah yg tidak mampu utk mengupah peguam swasta dlm pembiayaan segala capital sepanjang proses prosiding kes yg dibawa. Lagi pula, biro ini mempunyai cawangan di setiap negeri, jd, tidaklah menyulitkan pemohon utk mendapatlan khidmat berkenaan.

    Untuk maklumat lanjut, boleh layari/hubungi:

    http://www.bbg.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=122&Itemid=117

    BIRO BANTUAN GUAMAN,
    JABATAN PERDANA MENTERI
    ARAS 1 BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG
    PERSINT 3
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62692 PUTRAJAYA
    TEL: 03-BBB51000 FAKS: 03-88851829/1830/1831

    nota: jgn lupa untuk membawa segala dokumen penting berkaitan kes anda.

    'Contempt of Court'


    Contempt of court (coc) adalah satu perintah dr mahkamah atas kesalahan tidak menghormati bidang kuasa mahkamah seperti mengganggu mahkamah sepangjang prosiding berlangsung.

    Kesalahan coc yg biasa kita dengar adlah seperti membuat bising dlm mahkamah. Adakah kesalahan coc mungkin berlaku dikalangan blogger?.-ya.

    Coc tidak hanya boleh berlaku dlm mahkamah tetapi juga diluar mahkamah. Sekiranyan satu kes sedang dijalankan dan kemudian terhenti sementara/pending berikutan beberapa perkara teknikal seperti penemuan bukti baru, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kite terus menuduh seseorang itu adalah bersalah selagi tidak dibuktikan oleh mahkamah. Selain dr itu, antara contoh coc di luar mahkamah adalah seperti mempertikaikan keputusan mahkamah.

    Inilah masalah yg sering dapat dilihat dalam beberapa blog yg ada mengupas kes-kes ternama. Bahkan mereka tidak kisah utk menokok tambah hujah masing2 utk mengaitkan si tertuduh.

    Di dlm hal ini, pada pendapatan saya, mereka harus sedar dgn 2 jenis penalti atau mungkin lebih iaitu seperti coc dan juga 'defamation'. Akan tetapi,. sejauh manakah kesedaran penggunaan it terhadap undang2, dan sejauh manakah penguatkuasaan undang2 dlm bidang IT?

    nota: hurm,..isi tambahan akan diedit kelak..-

    Tuesday, December 1, 2009

    wasiat harta


    Salam sejahtera..

    Sebagai pendahuluan, aku bersetuju dgn catatan seorg penulis akhbar yg mengatakan media massa terutamanya tv sepatutnya menyajikan santapan berilmiah kepada para penonton. Tidaklah hiburan semata yg tidak memberi pulangan moral yg tinggi kadang kala.

    Hari ini aku ingin mengupas topik wasiat harta terutamanya dikalangan org islam. Kita selalu disogokkan dgn perspektif mewasiat harta kepada anak-anak, ibu bapa, saudara mara dsb seperti yg biasa kita lihat dlm kebanyakkan drama melayu dlm tv.

    Kadang-kala, kita dpt melihat di dlm drama di mana, keluarga yg kaya raya terutamanya memilih jalan untuk mewasiatkan harta kepada individu tertentu contohnya kepada anak lelaki bagi mengelakkan harta tersebut jatuh ke 'tangan yg salah'.

    Mengikut perspektif undang2 syariah, harta yg ditinggalkan oleh si mati layak dibahagikan secara adil mengikut hukum faraid. Waris berhak menuntut harta peninggalan si mati mengikut faraid. Tiada istilah mewasiatkan harta tertentu kepada mereka yg selayaknya mendapat bahagian harta melalui faraid.

    Aku terbaca satu kolum dlm majalah tempatan di mana seorang kaunselor ternama memberikan nasihat supaya harta diwasiatkan sepenuhnye kepada anak lelaki si pengadu.

    Sebenarnye, istilah dan cara yg lebih baih utk memberikan harta kepada individu tertentu adlah melalui penukaran hak milik harta tersebut.

    Wasiat hanya boleh dilakukan dlm beberapa perkara seperti mewasiatkan harta kepada mereka yg tidak berhak menerima harta si mata di bawah faraid dengan tidak melebihi 1/3 drpd jumlah harta.

    Jika si mati telah meninggalkan wasiat sebelum mati, wasiat tersebut adalah tidak sah. Bagaimanapun ia masih boleh diguna pakai sekiranya kesemua golongan yg mendapat faraid bersetuju dgn wasiat tersebut secara absolute selepas kematian org yg membuat wasiat tersebut.

    nota: ini adalah opinion ringkas dr penulis..ia akan diedit dgn susulan kes dan akta kelak-



    'Beyond reasonable doubt' adalah tanggungjawab pembuktian (burden of proof) di dalam kes-kes jenayah di mana kes perlu dibuktikan tanpa sebarang keraguan. Di dlm kes sivil pula, beban pembuktian dibuktikan melalui cara 'Balance of probability' iaitu merit hujahan yg difikir paling relevan ditentukan oleh mahkamah. Beban pembuktian ini adalah dipertanggungjawabkan kepada bahagian pendakwaan utk membuktikan bahawa kes berkenaan adalah prima facie dan tiada sebarang keraguan. Ini kerana, jika terdapat keraguan yg berjaya dibuktikan oleh bahagian pembelaan, maka kes berkenaan akan turun 'degree'/sabitan..

    Terdapat 2 maxim mengenai tanggungjawab pembuktian ini:

    1. seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
    2. seseorang adalah bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.
    Di Malaysia, kita menerima pakai maxim yg pertama seperti di atas. Antara contoh negara yg menerima pakai maxim kedua adlah negara China.

    Ramai org di luar mengatakan kerja pendakwaan adalah lebih senang dr kerja pembelaan. Tetapi dr segi praktikalnya, kerja pembelaan adalah lebih mudah dr pendawaan (jika dilihat dr segi prosedur dan teknikaliti).

    nota: membela dan mendakwa adlah lumrah kerja peguam. jika ditanya utk memilih,bg aku adlah lebih baik untuk menjawab 'flexible'.


    Laman ini aku jumpa pada awal tahun 2009. Mulanya aku mencari lawan sosial yang menggalakkan umat manusia utk menyertai program 1 hour-'earth hour'..ntah bagaimana aku taip 'youth', keluar pula laman nie..jd aku pun mula lah utk explore website nie..

    Seawal aku melayari website ini,..agak memuaskan. Laman ini menawarkan survey berbayar kepada si tukang jawab. Walaubagaimanapun, duit survey hanya akan dibayar sekiranya survey yg anda jawab telah mencapai RM 50..(nk menunggu survey baru pun berbulan rasenye).

    Pada awalnye,.aku rase terhibur juga mengisi mase lapang dalam laman ini,..selain boleh berjumpa dgn rakan dr pelbagai latar belakang..(undang2,debater,hacker,doktor,cikgu,pelajar dsb), laman ini menyajikan beberapa 'channel' khas utk diikuti para pengunjung seperti dalam ruangan discussion utk debate, shopaholic, religion, dating, sports, books, dsb..sahlah ruangan debate anatara ruangan yg meletup..penuh hujah berjela2...sanggup bersengkang mata depan laptop berjam2 utk menang. Apapun, aku mengambil ini dr sudut positif kerana ia mengasah minda pengunjung dlm berhujah seterusnye, menajamkan akal dan 'add-on' mane2 kecetekan ilmu yg berlaku terhadap sesetengah individu.. (semua individu kot since no body is perfect-)

    Akan tetapi, sejak youthsays (ys) menjalani transformasi baru dgn paparan laman yg lebih segar dan keremajaan, ruangan diskusi di tutup sepenuhnye pula...agak la marah gak aku rase,.meninggalkan dua ruangan utama iaitu youth answer (yg aku pun x tahu keberkesanan berdiskusi di situ) dan juga youth think(pada awalnye relevan dijadikan mini gelanggang debat).

    Bercakap mengenai pengunjung pula,..aku bersyukur kerana masih terdapat responden yg mampu memberikan jawapan geliga dgn sanggup mmebuat sedikit research demi membantu soalan2 yg memerlukan jawapan yg bernas..walaubagaimanapun aku agak kecewa kerana remaja lebih memilih utk menawab soalan2 santai drp soalan2 yg sememangnye ilmiah.

    Laman ini juga kadang2 kala menyediakan pelbagai jenis peraduan dgn hadiah yg agak lumayan..hehe,..sebagai contoh,..aku lah pemengangnye utk 'karangan pendek' hari raya..On one part, aku bangge dgn site ni kerana telah menganjurkan YES2009- bukan year end sales tetapi youth engagement summit 2009. Terdapat ramai speaker yg gah seperti Garry Kasparov, Preity Zinta, founder twitter, Tony Fernadez, dsb..walau hanye mampu menatap dan membaca berita summit berkenaan di harian metro, aku tetap dpt rasekan summit ni agak berjaya..Akan tetapi,..jika summit berkenaan hanya bercakap ttg kejayaan dan inspirasi, aku tertanya-jugak, ape jadi dgn report mengenai 'seachange'-ape yg remaja mahu ubah pada masa kini..di mana rata2nya menyokong untuk menyelamatkan bumi dr pencemaran dan pemanasan global. sepatutnya itu juga menjadi salah satu agenda utama summit berkenaan..hurm...

    Secara keseluruhannye, laman ini masih lagi menarik utk diikuti..;D

    nota: Khailee,..tolonglah adakan ruangan diskusi mcm dulu balik....)=

    Journal (1)


    'Be not afraid of growing slowly, be afraid only of standing still.'-Chinese proverb.

    Ayat tersebut hanyalah sebagai cenderahati kepada pembaca laman ini. Kelak lg banyak pepatah dr pelbagai negara aku cuba sajikan.=)

    Tumpuan utama utk jurnal (1) adalah mengenai pembangunan syariah di negara ini. sebagaimana yg kite tahu,.hal berkaitan agama adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang termaktub di dlm bahagian ke 2, jadual ke 9 undang-undang perlembagaan.

    Justeru, setiap negeri mempunyai akta syariah yg diterbitkan oleh negeri berkenaan sebagai 'guidance' untuk hal-hal berkaitan syariah di negeri tersebut. Jadi kite dpt melihat variasi di dalam segelintir perkara yg membabitkan undang-undang untuk muslim.contohnye, kadar mas kahwin adalah berbeza mengikut negeri. begitu juga dgn kadar zakat, bacaan khutbah jumaat dan sebagainye. walaubagaimanapun, variasi akta mengikut negeri masih lagi tidak melanggar hukum syara'.

    Timbul sedikit pandangan akademik dlm diri, mengapakah syariah tidak diselaraskan di bawah satu penyelarasan pusat? bersambung......

    nota: maaflah...aku dah mngantuk..ni semua rangka je...lum aku kupas betul2..aku akan sambung dan edit kesemuanya nanti..brb-

    "Baroness"


    Pasti ramai yg telah menonton filem berjudul G.I.Joe. sepanjang filem tersebut, satu perkataan telah menangkap minat aku utk membuat sedikit research iaitu-"Baroness".

    'Baron' adalah sesuatu panggilan khas utk golongan aristokrat Inggeris. Secara literalnya, Baron bermaksud golongan bangsawan. Baron juga dikategorikan dlm golongan 'nobleman'. Jika perempuan, ia akan disebut sebagai Baroness. Golongan Baron akan dipanggil dgn panggilan Lord dan isterinya sebagai Lady.

    Antara panggilan lain ialah My Lord, Your Lord dan juga Your Lady ship. Walaubagaimanapun, adalah tidak boleh utk memanggil My Lady terhadap seorang Baroness. Anak-anak mereka pula akan mendapat gelaran The Honourable dan masih layak utk memakainya walaupun si Baron dan si Baroness telah meninggal dunia.

    nota:teka teki- since hakim boleh di address sebagai My Lord, bolehkan jika dipanggil golongan Baron?



    Assalamualaikum w.b.t..

    Ramai jugak rakan2 seusia, atau yg lebih tua sudah mempunyai blog masing2. Malah yg muda juga tidak kurang hebatnya, lebih advance dr aku menganai dunia IT ni. Sewaktu aku tiada capaian internet kt rumah, selalu lah jugak melawat cyber cafe utk cr kes atau download lagu. Mmg ramai sibuk up-date blog masing2 waktu tu. Hangat sungguh rasenya cerita masing2.

    Dan sepanjang aku melawat blog rakan-rakan aku, rata-ratanya memilih menulis blog sebagai diari kedua utk tatapan umum. Sume kisah suka, duka, marah, x puas hati dilampiaskan dalam blog. Aku tertanya2 apakah fungsi blog sebenarnye?

    Pelbagai tujuan blog didirikan. Sebagai diari harian, sebagai platform bisnes, ilmiah umum dsb. Ada yg berjaya memajukan blog dgn penuh berilmiah sehingga mencapai hits tertinggi, aku ucapkan tahniah.

    Aku memikirkan style yg mane aku nk gunakan utk sajikan pembaca blog ini. Akhirnya, aku ambil jln yg simple, aku cube utk memanfaatkan blog ini dgn ilmiah dr bidang perundangan.
    Itulah konsep yg aku temui utk blog ini.

    Mempelajari bidang undang-undang mmg memerlukan kefahaman yg tinggi serta perlu berfikir kritis. Malah semua bidang pun mcm tu. Pengkhususan blog ini aku lebihkan dlm bidang perundangan sebagai satu alternatif individu ke arah pembangunan undang2.

    Di sinilah tapaknya utk aku majukan segala perbincangan serta persoalan, mungkin, persinggahan yg walau seminit mampu mencetuskan idea baru utk menyelidik lebih dlm bidang ini. Dan mungkin juga aku bolehkan idea2 kepada para junior dalam mencari tajuk thesis masing2..Wallahualam.

    Walaubagaimanapun, masih terdapat chanel2 lain dlm blog ini bg tatapan umum.

    Sekian sahaja dari meja swarapena si tukang catit.;D

    nota: 'Buat Kerja'

    Assalamualaikum,..

    Salam mukadimah,.akhirnye aku tewas dlm ego utk tidak langsung membuka blog 'persendirian' hehe..blog dekat wordpress pun aku tinggalkan tidak bersentuh hampir setahun rasenye..seru dah tiba utk aku tintakan sesuatu kot..

    Apepun, blog ini akan aku 'denda' utk menjadi 'bookmarked' aku...maksud aku,..segala bahan yg aku rase bermanfaat utk ditatap..;D

    ...
    magistrate

    nota: aku hanyalah 'future magistrate'..x pun 'future lawyer'..;D

    ;;